Saturday 28 September 2013

RANTAI

Shah dikejutkan oleh Pn. Azizah pada pagi itu. “Bangun Shah, kemas barang kau cepat”.Arah Pn. Azizah dalam keadaan tergesa-gesa. “Apa ni ibu, kenapa kejut awal sangat? Ni kemas barang nak pergi mana?” Tanya Shah yang masih terpinga-pinga kerna mengantuknya tak hilang lagi. “Kita kena pergi Pahang, Ibu dah tempah tiket. Atuk kau meninggal dunia.” Jawab Pn. Azizah. “Habis mcm mana aku nk jumpa Aisah Danish malam ini? Aku dah janji dengan dia. Alamak ! Aku lupa mintak no telefon dia. Macam mana nk contact dia lepasni.” Aku mengelamun di atas katil. “Kau mengelamun apa lagi Shah? Cepatlah mandi. Ibu taknak kita terlepas flight.” Marah Pn. Azizah. Shah pun terus bangun dari katil dan terus pergi ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Beberapa Hari Kemudian……..

Alhamdulillah selesai sudah pengebumian atuk Shah serta kenduri arwah untuk atuknya. Walaupun dalam keadaan yang sedih namun Shah masih lagi tidak berpuas hati. “Apakah perasaan perempuan itu? Aku dah berjanji dengan dia. Masihkan boleh bertemu lagi dengannya?” Pelbagai persoalan yang bermain didalam fikiran Shah. Setiap hari soalan yang sama jugak yang bermain didalam kotak fikirannya itu. “Masih termenungkan perempuan di langkawi kew Shah? Sudahlah lupakan sahaja. Kalau ada jodoh pasti kamu bertemu di KL. Dia tinggal di KL bukan?” Pujuk Pn. Azizah yang asyik melihat Shah termenung semenjak mereka pulang daripada Langkawi.


Petang itu Pn. Azizah dan Shah bersiap-siap untuk pulang ke KL kerna Pn. Azizah masih banyak lagi kerja yang tertangguh. Sesampainya mereka di KL Shah meminta izin Pn. Azizah terus keluar mencari udara segar untuk menenangkan fikirannya. Malam itu Shah pusing kesana sini tanpa hala tujuan. Sekejap ke dataran merdeka, selepas itu naik bukit antarabangsa umpama orang hilang anak. Tidak pasti apa yang di carinya pada malam itu. Sedang berjalan-jalan tidak sedar dia sudah pun sampai ke subang jaya. Lalu Shah singgah ke sebuah kedai makan bagi melepaskan tekaknya yang kering dan perutnya yang berkeroncong dari tadi lagi. Semasa hendak masuk ke dalam gerai Shah terdengar suara yang menangkap perhatiannya. “Ini macam suara Aisah Danish kalau tak silap” berkata Shah didalam hati. Shah mencari tuan empunya suara bagi memastikan lagi. Sedang mencari Shah terpandang beberapa wanita dan salah seorang daripada mereka Aisah Danish. “YES ! itu memang Aisah Danish. Memang tidah salah lagi.” Shah bersorak di dalam hati. Kebetulan mereka pun menuju ke kedai yang Shah ingin pergi. Shah memerhatikan sahaja gerak geri mereka dari jauh sebelum mengambil tindakan seterusnya. Shah teringat sesuatu lalu pergi ke keretanya untuk mengambil sesuatu. Lalu Shah menuju kearah dimana Aisah Danish duduk bersama rakannya. Mala mini Aisah Danish berpakaian simple seperti kebiasaanya. Seluar jeans serta T-shirt lengan panjang. Rambutnya di ikat ekor kuda. Sekali lagi Shah terpaku dengan keayuan Aisah Danish. Kebetulan Aisah Danish dan rakannya mengambil meja yang lebih satu kerusi betul-betul dihadapan Aisah Danish. Tanpa membuang masa Shah terus duduk dihadapan Aisah Danish dan berkata “Boleh pilih satu kad?”. Pada mulanya Aisah Danish terkejut namun selepas diamati wajahku dia tersenyum. “Kau kenal dia kew Sya?” kawan yang berada di sebelahnya bertanya kepada Aisah Danish. Ku lihat Aisah membuat tanda isyarat senyap di bibirnya.”Shhhhhh” manja sahaja dia berbuat begitu. “Arh comelnya kau Aisah Danish. Hendak saja aku cubit pipi kau sekarang ini.” Berkata Shah didalam hati. Lalu Aisah Danish mengambil satu kad daripada dek yang ditunjukkan oleh Shah. “Okay sekarang letak balik kad tu di dalam dek.” Arah Shah. Aisah Danish melakukan apa yang di suruh oleh Shah. Shah meneraburkan kad itu di atas meja lalu mengambil satu kad yang tunjuk sambil bertanya sambil tersenyum “Ini kad awak bukan?”. Aisah Danish yang terpandang kad yang ditunjukkan itu tersenyum lebar sambil berkata. “How sweet tapi ini bukan kad saya tapi Im really miss you.” Kawannya yang lain mengambil kad yang di pegang aku untuk melihat kad apakah yang aku tunjukkan. Kad yang aku tunjukkan adalah kad heart yang tertulis ‘ im really miss you’. Kawannya semua menjerit sambil berkata “Wow sweetnya. Auwwww.” Malam itu pelbagai pertanyaan yang di lemparkan kepada aku dan juga Aisah Danish. Bagaimana kami kenal, dimana kami kenal, berapa lama kami kenal dan banyak lagi. Shah dan Aisah Danish hanya tergelak melayan dan melihat sikap mereka itu. Malam itu sungguh bahagia bagiku namun kami tidak lepak lama sebab masa mencemburui kami seperti hari yang lain. Kawan-kawan Aisah Danish memberikan Shah green light dengan membenarkan Shah menghantar Aisah Danish pulang kerumah. “Sya, kau baliklah dengan pujangga hati kau ni.” Berkata Syafira sambil ketawa. “Takpe kew? Tapi aku datang dengan korang?” balas Aisah Danish. “Takpe, kitorang tak kisah lagipun aku tengok Shah tu macam dah rindu sangat macam tak jumpa bertahun jew” Zalora pula mencelah sambil tersenyum. “Sempat lagi korang membahan aku” Jawabku sambil ketawa. Selepas bersalam dengan mereka aku pun menghantar Aisah Danish kerumahnya. Rumah tidak jauh daripada area mereka makan. Semasa dalam perjalanan untuk menghantar Aisah Danish terpandang satu rantai yang tergantung di dalam kereta. “Siapa punya rantai ini?” Aisah Danish bertanya sambil mengambil rantai yang tergantung di cermin. “Rantai cinta pertama saya.” Shah menjawab bersahaja sambil tersenyum. Aisah Danish yang kelihatan  seperti terkejut bertanya “Cinta pertama awak? Pernah tengok rupa cinta pertama awak kew?”. Aku pun pelik dengan pertanyaan Aisah Danish itu lalu menjawab. “Ya, cinta pertama saya tapi kitorang tak pernah bertentang mata.” “Beberapa bulan lepas saya kehilangan rantai di super market. Sama seperti ini tak lain tak bukan saya rasa inilah rantai yang saya cari selama ini.” Aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aisah Danish ketika itu. Lalu aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Aisah yang terkejut dengan tindakanku bertanya. “Kenapa kita berhenti ini?” “Jadi awak yakin ini rantai awak? Betul ini?” Aku bertanya kepada Aisah Danish untuk mendapatkan kepastian. “Ya, saya pasti sebab rantai ini arwah nenek saya yang bagi dekat saya.” Jawab Aisah Danish jujur. Aku tersenyum lalu melamar Aisah Danish pada saat dan ketika itu jugak. “Sudikah awak menjadi cinta pertama dan terakhir saya dengan menjadi isteri saya? Besok saya akan suruh ibu saya menghantar rombongan meminang kerumah awak” Shah melamar. Aisah Danish yang dalam keadaan terkejut dengan lamaranku ketika itu mengangguk tanda setuju dan tersenyum kepadaku. Shah yang kegembiraan membawa kereta dan menghantar Aisah Danish kerumah. Sesampainya di hadapan rumah Aisah Danish sempat bergurau “Jangan lambat hantar rombongan besok takut nanti melepas lagi macam kat langkawi.” Shah tergelak dan menunjukkan tanda bagus. Shah membawa kereta dengan laju pada malam itu kerna tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada Pn. Azizah.

No comments: