Saturday 28 September 2013

RANTAI

Pada hari ini seperti kebiasaanya aku menolong ibuku menguruskan perniagaannya. Semasa waktu rehat aku masih lagi memikirkan siapakah gerangan wanita semalam. Sedang aku termenung aku dikejutkan dengan suara ibuku. “Ha, menung jauh nampak? Dah ada calon menantu untuk ibu kew?” Tanya ibuku yang melihat aku khayal dalam dunia lamunanku. “Eh mana ada calon menantu lagi. Kerja pun takde macam manalah nk ada perempuan terpikat” Jawabku sambil tergelak. “Kalau anak ibu ni menung jauh mcmni mesti sebab perempuan. Ceritalah dekat ibu. Nanti ibu terus masuk meminang. Urusan perbelanjaan ibu boleh tanggung.” Pn. Azizah yang sudah masak dengan perangai anak tunggalnya itu memujuk Shah untuk membuka cerita. Shah pun menceritakan apa yang terjadi pada malam tadi kepada Pn. Azizah. “Wow, mesti cantik perempuan itu sampai mampu membuat anak ibu ni termenung jauh tanpa sepatah kata pun.” Kata Pn. Azizah sambil ketawa. “Biasalah lelaki nampak wanita cantik buu” Shah berseloroh. “Malam ini kamu pergilah ketempat itu. Mana tau malam ini dia ada kat tempat yang sama.” Cadang Pn. Azizah sambil berlalu pergi setelah di panggil oleh pekerjanya kerna ada client yang menunggu.”Betol juga apa yang ibuku cakap. Malam ini aku akan pastikan aku akan mencari perempuan tu sampai dapat.” Shah berkata di dalam hatinya.

Pada malam itu Shah ketempat yang sama dia bertemu dgn wanita itu. Namun tidak kelihatan bayang wanita itu. Shah duduk di kerusi dimana dia bersama wanita itu. “Lama tunggu kita dekat sini?” Kedengaran satu suara yang merdu dari belakang menyapa Shah. Shah yang terkejut menoleh ke belakang terus terpaku dgn kecantikan wanita yang berada di hadapannya. Walaupun pakaiannya simple sahaja berbaju tidur serta sweater namun menampakkan keayuannya. “Eh tak lama mana. Baru saja sampai.” Balasku. Malam itu kami berborak panjang. Namanya Aisah Danish. Tak ku sangka yang dia juga sama sepertiku datang kesini kerna meneman ayahnya atas urusan kerja. Umurnya 2 tahun lebih tua daripadaku. Sedang asyik berborak tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Wanita itu meminta diri sbb takut bangun lambat. Sambil aku berjalan menuju kebilik. Bibirku asyik mengukir senyuman. “lambat balik? Kau pergi mana Shah?” Suara ibuku menyergah lamunanku. Teserlah kerisauan pada raut wajahnya. “oh ibu, jumpa perempuan yang Shah ceritakan tengah hari tadi. “Lain kali bawak lah handphone kamu. Risau ibu kau lambat balik.” Pn. Azizah berlalu masuk ke kamar untuk beradu. Setelah mandi aku baring di atas katil sambil memikirkan Aisah Danish. Sungguh cantik namanya seperti orangnya juga. Ketawanya mampu membuat mana-mana lelaki menginginkannya. Manja sungguh dia tadi seperti sudah kenal lama. Aku tertidur dalam senyuman pada malam itu berharap dapat bertemu dengan Aisah Danish lagi pada besok malam.

No comments: