Saturday, 28 September 2013

RANTAI

"Shah, apa yg kau tengah termenungkan tu?". Jerit Pn. Azizah kpd anak bujangnya. "Tak menungkan apa mak." Shah menjawab pertanyaan maknya. "Marilah sini tolong mak pergi ke kedai belikan barang sebentar." arah Pn. Azizah.Shah bangun lantas mengambil senarai barang untuk di beli tanpa mengatakan kata-kata kemalasan. Tiap perintah ibunya dituruti dgn akur. Shah seorang lelaki yang berumur 25 tahun. Lepasan graduasi yang masih mencari arah tujuan hidup. Bentuk tubuh yang sederhana, berkulit sawo matang, lesung pipit jelas teserlah dipipinya menambahkan lagi kekacakannya. Shah ini seorang yang peramah dan ceria. Tibanya di kedai sedang mencari bahan yg di pinta ibunya berlanggar Shah dgn seorang wanita. Wanita itu kelihatan kelam kabut tanpa mengatakan maaf terus berlalu pergi tanpa perasan bahwa rantainya terjatuh. Shah perasan akan rantai wanita itu cuba memanggil wanita itu tapi tidak di endahkan. Setelah membeli barang Shah terus pulang ke rumah dan duduk di hadapan rumah termenung sambil memegang rantai wanita itu. Cantiknya wanita itu persis bidadari."Adakah ini jodoh yang ku cari selama ini?" Bisik Shah sendirian. Tanpa Shah perasan gelagatnya itu sedang di perhatikan oleh ibunya lalu di sergah oleh ibunya dari belakang. "Ha menungkan apa tu?!" sergah Pn. Azizah. "Eh ibu ni. Terkejut Shah. Bukan termenung tapi teringat empunya rantai yg berlanggar dgn Shah kat market td." Jawab Shah jujur. "Cantik tak perempuan yang kau langgar tu. Mari ibu tengok rantai itu." Pinta Pn.Azizah. Shah menghulurkan rantai itu kepada ibunya. "Wow cantiknya rantai ini. Pasti mahal harganya. Baik kau carik tuannya dan pulangkan." Arah Pn. Azizah. "Tapi manalah Shah tau rumah dia kat mana bu." Jawab Shah."Betul juga apa yg kau cakap tu. tp kalau kau jumpa perempuan tu kau pulang balik tau rantai ni?" Arah Pn. Azizah. "Baiklah" Sepatah jew Shah jawab sambil membelek rantai tadi.

Beberapa bulan kemudian.......

Shah dan ibunya bercuti ke pulau langkawi memandangkan ibunya ada kerja di situ. Ibu Shah ni membuka perniagaan sendiri. Sambil itu Shah menolong ibunya memandangkan Shah masih belum ada pekerjaan. Pada malam itu Shah berjalan di tepi pantai setelah meminta izin daripada ibunya. Sambil berjalan menikmati angin malam yang sepoi bahasa pd malam itu Shah terpandang seorang perempuan yang menarik perhatiannya sedang duduk di satu tempat. Shah terpaku dgn kecantikan wanita itu. Rambutnya yang di tiup angin seolah melambai lambai Shah supaya datang kepadanya. Shah yang terkenal dengan sifat peramahnya dengan selamba duduk di hadapannya lalu mengeluarkan satu dek kad poker sambil bertanya. "Boleh duduk di sini sekejap?". Perempuan itu agak terkejut tapi dia tidak kelihatan marah langsung dgn perbuatan Shah malah tersenyum. "Mungkin bole kot." Bisik hati Shah. Shah meminta wanita itu memilih salah satu kad daripada dek yang ditunjukkan "Boleh pilih satu kad? tapi jangan beritahu saya." Pinta Shah. Wanita itu memilih satu kad. "Pegang kad tu dan ingat nombornya." Arah Shah lagi. Tanpa berkata sepatah wanita itu melakukan seperti apa yang di suruhnya. Shah melakukan 'abaracadabra' kepada dek yang di pegangnya. "Cuba tengok kad yang awak pegang." Arah Shah kepada perempuan itu. Wanita itu kelihatan seperti terkejut lalu menunjukkan kad itu. Shah yang kehairanan bertanya. "Betolkan itu kad yang awak pegang tadi?". Wanita itu menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Shah tergelak sambil berkata "Mungkin magik saya tak menjadi berkesan kat awak kot.". Wanita itu turut tergelak sambil melihat ke arah jam tangannya dgn mimik muka terkejut wanita itu terus berlalu pergi tanpa berkata sepatah pun namun sempat senyum ke arah Shah sebelum meninggalkan Shah yang dalam keadaan keliru. Adakah aku buat salah?. Shah melihat jam yang berada di tangannya baru menunjukkan pukul 12 tengah malam. Pada malam itu seribu persoalan berada di fikirannya. Siapa wanita tadi? Mengapa dia tinggalkan aku tanpa berkata sepatah pun? Adakah dia bisu? Adakah dia hantu?

No comments: