Saturday 28 September 2013

RANTAI

Sampai saja ke rumah Shah terus ke bilik Pn. Azizah. Pn. Azizah yang ketika itu sedang tidur terkejut apabila anaknya mengejutkannya. "Ibu saya nak kahwin bole. Besok ibu pergi ke rumah Aisah Danish boleh?" Pinta Shah seperti kanak-kanak kecil. Pn. Azizah yang masih kebingungan akibat terjaga daripada tidur masih cuba menangkap apa yang cuba di sampaikan Shah. "Nak kahwin? buang tebiat apa nak kahwin pepagi buta ni Shahhhh?" Ibunya bertanya. "Bukan sekaranglah ibu.. Besok ibu hantar rombongan meminang boleh?" Pinta Shah lagi sekali. Pn. Azizah yang mahu meneruskan tidur hanya mengiyakan apa yang anaknya pinta. "Yelah yelah besok ibu akan sediakan segalanya. Dah ibu nak tidur ni. kau pergilah tidur kalau kacau ibu lagi ibu taknak hantar rombongan meminang itu." ugut Pn. Azizah. Shah keluar dari bilik Pn. Azizah dengan wajah yang gembira kerna ibunya bersetuju memenuhi permintaannya. Shah terus kekatilnya selepas membasuh kaki. Shah tersenyum lebar untuk entah keberapa kali tah kerna memikirkan besok dia akan meminang Aisah Danish. Shah tidak dapat tidur sehingga jam menunjukkan pukul 5 barulah Shah dapat tidur dengan lenanya.

KEESOKAN HARINYA......

"Shah, bangun Shah. Kata harini nak masuk meminang? Matahari dah tegak dekat kepala pun taknak bangun nanti ibu taknak masuk meminang Aisah Danish tau lah." ugut Pn. Azizah untuk mengejutkan Shah. "Dah tengah hari?" Shah terkejut apabila ibunya mengatakan waktu sudah masuk tengah hari bingkas bangun dari katil terus masuk mandi. Pn. Azizah hanya menggeleng kepala lalu turun kebawah untuk memasukkan barang hantaran kedalam kereta sambil di tolong oleh pak samad dan makcik timah. Keduanya adalah driver dan pembantu rumah Pn. Azizah. Memandangkan rombongan meminang ini tidak di rancang maka Pn. Azizah hanya mau melakukannya secara kecilan sahaja. Shah yang ketika itu baru sahaja keluar dari bilik mandi menjerit dari atas "Ibu pergilah dahulu, Shah gerak kemudian." "Eh bertuah betol dia ni. Ibu manalah tau alamat kekasih gelap kau tu Shah." marah Pn. Azizah. "Aah betol jugak." Shah baru teringat ini rombongan meminang last minute. Shah turun sambil gelak kecil memberikan alamat rumah Aisah Danish kepada ibunya. "Kamu jangan lambat pulak." Pn. Azizah mengingatkan Shah. "Baik boss. Nanti kalau ibu dah sampai ibu call Shah tau?" Shah memberitahu Pn. Azizah. Shah melihat kereta Pn. Azizah keluar dari perkarangan rumah mereka lalu mengambil telefon untuk menelefon Aisah Danish. "Hello awak, Ibu saya otw pergi kerumah awak. awak dah beritahu family awak?" Tanya Shah. "Oh baiklah. Dah beritahu dah. Ramai kew yang nk datang sbb Ummi nak sediakan makanan." Tanya Aisah Danish."Tak ramai. Dalam 3 4 orang saja sbb ibu nk buat kecilan jew." Jawab Shah. "Ha lagi satu saya lambat sikit sebab tadi bangun lambat tau. awak nantikan kedatangan putera idaman awak ini tau sayang." Shah berkata sambil tergelak. "Putera idaman? Jangan lupa naik kuda tau. Kalau tidak saya tak terima pinangan awak tu." Aisah Danish bergurau sambil ketawa kecil. "Amboi, baiklah saya nak bersiap. Nanti saya telefon awak balik tau." Shah mengakhiri talian. 


Setelah siap memakai baju melayu berwarna biru seperti yang dijanjikan dengan Aisah Danish, Shah bergegas ke kereta dan meninggalkan perkarangan rumahnya. Nasib baik jalan pada waktu itu agak lenggang sedikit. Shah memecut dengan laju kerna Pn. Azizah sudah telefon berkali-kali. Shah terlewat sbb mencari baju melayunya. "Hello awak maafkan saya lambat. tak mengapa kan?" Shah memohon maaf kepada Aisah Danish. "Takpe awak, jangan bawak lelaju tau. Saya risau apa-apa terjadi dekat awak." Jawab Aisah Danish dengan nada yang risau. "Iya sayang tak bawak laju. Kita bawak macam siput dah ni. Besok saya baru sampai tau." Balas Shah sambil ketawa. "Eeee awak memainkan? Nanti awak sampai saya cubit awak tau lah" Aisah Danish marah manja kepada Shah. Shah tergelak sambil bercakap. "Comel awak bila marah. Baiklah nanti saya dah sampai saya telefon awak balik tau." Balas Shah sebelum mematikan panggilan.

DI RUMAH AISAH DANISH.....

Jam sudah menunjukkan pukul 2pm. tapi bayang Shah masih tidak kelihatan. "Mungkin jalan jem kot" Kata Pn. Azizah kepada Aisah Danish yang dari tadi kelihatan tidak tenang kerna dia menelefon Shah namun tidak diangkat. Tetiba terdengar bunyi deringan telefon Pn Azizah. "Waalaikumsalam. ya saya Pn Azizah anak kepada Shahrizal Hafiz. Apa?! Ya Allah." telefon Pn. Azizah terjatuh daripada tangan. Pn Azizah hampir longlai selepas mendapat berita anaknya kemalangan kereta bertembung dengan lori. "Kenapa ni ibu?" Aisah bertanya kepada Pn. Azizah. " Shah, Shah kemalangan." Jawab Pn Azizah dengan nada terketar-ketar. "Ya Allah," Itu sahaja yang mampu di ucap oleh Aisah Danish sambil menangis dia memeluk umminya."Ayuhlah kita ke hospital melihat keadaan Shah." cadang pak samad sambil memimpin Pn. Azizah yang dalam keadaan tidak bermaya. Aisah Danish masih lagi menangis teresak-esak dalam dakapan umminya sambil di pujuk umminya untuk turut sama pergi ke hospital.

No comments: