Saturday 28 September 2013

RANTAI // EPS AKHIR

Sesampainya di hospital Pak samad ke kaunter untuk bertanyakan tentang keadaan Shah. Nurse memberitahu bahwa pesakit masih dalam bilik pembedahan kerna kehilangan banyak darah. Mereka dimohon untuk menunggu sehingga doktor keluar dari bilik pembedahan. Pak samad memberitahu keadaan Shah kepada Pn Azizah. Pn Azizah, Aisah Danish, Pn Noraiza, En. Ahmad Danish, dan yang lain menunggu di tempat menunggu dengan perasaan yang sedih.

BEBERAPA JAM KEMUDIAN....

Doktor kelihatan baru keluar dari bilik pembedahan lalu Pn Azizah bergegas ke arah doktor untuk bertanyakan keadaan anaknya. "Bagaimana dengan keadaan anak saya doktor?" Tanya Pn Azizah. "Anak puan. Shahrizal Hafiz?" doktor bertanya. Pn Azizah hanya menganguk sahaja. "Maaf, Anak puan tidak dapat di selamatkan. Dia kehilangan terlampau banyak darah. Jika dia sempat dihantar tepat pada waktunya mungkin saya bole boleh menyelamatkannya." doktor itu memberikan khabar tidak baik kepada Pn Azizah. Pn Azizah yang mendengar tentang kematian anak tunggal kesayangannya menangis dengan teresaknya. Apatah lagi Aisah Danish. Bertambah kuat tangisannya kerna bakal suaminya telah kembali ke rahmatullah tanpa sempat menyarung cincin di jari manisnya. Keadaan ketika itu sungguh suram sekali dengan pemergian insan bernama Shahrizal Hafiz.

KEESOKAN HARINYA.....

"Yang sudah tiada usah di tangis lagi pemergiannya. Allah lebih menyanyanginya daripada kita" Pn Azizah menenangkan Aisah Danish. Sewaktu mencurahkan air bunga di pusara Shah, Aisah Danish teringatkan kenangan dia bersama Shah. Aisah Danish hanya mampu berdoa moga Shah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan memujuk dirinya bahwa Shah bukan jodoh miliknya. Mungkin mereka akan di pertemukan di pintu syurga yang kekal abadi. Di dalam perjalanan pulang Aisah Danish memegang rantainya yang hilang dengan erat sekali tanda bahwa dia amat merindui insan yang berjaya memikat hatinya dengan gayanya yang bersahaja. Tidak sangka jodoh mereka hanya sekejap sahaja. Rantai yang di pegangnya akan di jadikan kenangan dia sepanjang hayatnya. Kenangan yang tidak akan di lupakan sampai bila-bila.

Sekian..